MINGGU KE 5


Bersua kembali kita dalam entry yang seterusnya. Okay minggu lepas kita sudah membuat ujikaji terhadap struktur tanah, pada minggu ini kami membuat uji terhadap percambahan biji benih pula. Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan.
• Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih). Kotiledon adalah bagian dari embrio dalam biji tanaman.
• Seringkali ketika benih berkecambah atau mulai tumbuh, kotiledon dapat menjadi daun yang pertama dari benih. Okay kita dah tahu apa yang ada dalam biji benih itu sedikitkan. dan biji benih juga terbahagi kepada dua iaitu dikotiledon dan monokotiledon Benih yang hanya memiliki satu kotiledon dikenal sebagai monokotil, sedangkan tanaman dengan dua kotiledon dikenal sebagai dikotil. Kotiledon terbentuk selama proses embriogenesis bersama dengan akar dan tunas tanaman sebelum percambahan.
Seterusnya kita masuk bab bahagian biji benih pula.

• Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

• Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih Biji benih akan bercambah jika mempunyaikeadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air,udara dan suhu yang sesuai

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14