MINGGU KE 13
Popeye the sailorman tut tut..
Pada minggu ini kami ditugaskan pula untuk membuat kaedah pembiakan melalui Tut.
Kaedah ini hanya sesuai dilakukan pada batang pokok yang berkayu sahaja. Kaedah ini merupakan satu kaedah dimana pembiakan ini dilakukan dengan membuang lapisan luar kulit atau disebut lapisan kambiem pada dahan pokok.
Kelebihan kaedah tut: 👍
Dapat mengekalkan spesis baka asal pokok
Pokok akan lebih tahan daripada penyakit
Bahan yang diperlukan untuk membuat kaedah tut 💃
Plastik putih
Pisau lipat
Tali raffia
Penggalak akar
Tanah campuran – Nisbah yang sesuai ialah 2:1. 2 bahagian tanah peroi dan 1 bahagian baja organik.
Jiffy Peat pellets
Langkah-langkah kerja
1. Campuran medium iaitu nisbah 2:1 atau boleh gunakan Jiffy peat pellets.
ni la jiffy peat pellet. cara gunakan ia, perlu direndam dan ianya akan mengembang.
campuran medium.
Baja organik.
2. Letakkan campuran medium ke dalam plastik putih, lembapkan ia dengan sedikit air dan kepalkan campuran tersbut.
3. Pilih ranting yang sesuai dan segar. Buangkan daun-daun dan ranting di bahagian bawah ranting tersebut. Lakukan kelaran disekeliling ranting tetapi hanya mengambil 5cm sahaja.
Buangkan kulit luar pada dahan pokok .
4. Letakan sedikit air sebelum melakukan meletakkan penggalak akar pada bahagian yang dikelar.
serbuk penggalak akar. bersifat warna putih.
Sapukan horman penggalak akar di sebelah bawah kelaran atas atau di bawah mata tunas.
5. Letakkan campuran medium yang telah dikepal di bahagian ranting. Pastikan ia dikelilingi oleh campuran tersebut.
6. Ikatkan menggunakan tali raffia dengan kemas supaya campuran media tersebut tidak terkeluar.
7. Biarkan ia selama 1 bulan untuk melihat hasil tut tersebut mengeluarkan akar dan boleh dipindahkan ke dalam beg plastik.
sekian sahaja terima kasih…
No comments:
Post a Comment