Minggu ini geng-geng ladang akan buat NUTRIPOT. Nutripot tu apa???YA kami pun tertanya-tanya pebende tu weiii pada awalnya tapi setelah diperjelaskan oleh Puan Salina baru kami faham.Selepas korang tahu,korang buatla kat rumah ,tanaman ni sesuai untuk sesiapa yang busy dan x de masa nak siram hari-hari kat tanaman korang,yang jenis nak tanam pokok tapi malas nak jaga boleh la guna cara ni..hihihih Sebelum tu korang kene tahu apa itu Nutripot Nutripot adalah cara tanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbuh. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah tidak perlu menjaga dengan lebih teliti dan tidak perlu menyiram sentiasa. Bekalan air yang dibekalkan mempunyai 2 baja iaitu:
1) Baja A: Kalsium nitra & NH4
2) Baja B: Potasium nitrat, sulfat & monopospet Bahan yang diperlukan: 😎 Bekas botol air 5 liter Span (untuk penyerapan air) Cocopit (medium tanaman) Campuran daripada baja A & baja B. 1. Langkah-langkah kerja ✌ 2.
Potongkan botol pada 2 bahagian dengan menggunakan pisau. Iaitu bahagian atas ambil dari 3 ke atas untk dibelah dua.
3. Pada bahagian atas yang ada penutup, buatkan 4 lubang kecil di sekeliling botol tersebut. Gunakan marker untuk memudahkan membuat rujukan semasa memotong pisau.
4. Spraykan pada bahagian atas menggunakan warna putih dan bawah warna hitam. Tujuan spray dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada tumbuhnya lumut didalam air. Biarkan sehingga kering.
5. Sementara botol tersebut kering, potongkan span tersebut menggunakan pisau/gunting untuk 5 keping span.
6. Masukkan 5 keping span pada botol spray berwana putih.
7. Masukkan cocopit pada bekas berwarna hitam. Kemudian lembapkan dengan air sehingga ianya basah secara keseluruhan cocopit.
8. Masukkan air bersih ke dalam baldi dan campurkan Baja A terlebih dahulu dan kacau sehingga larut. Kemudia tambahkan Baja B dan kacau sehingga larut.
9. Setelah siap dicampurkan baja A dan B, masukkan air tersebut ke dalam bekas berwarna putih. Kemudian letakkan bekas berwarna hitam di atas bekas putih yang berisi air.
10. Letakkan sedikit tanah semaian di atas cocopit dan taburkan biji benih sawi putih (6 biji).
11. Dah siap !!! dan biarkan cocopit tanpa disiram dan perlu juga buat bancuhan air setiap seminggu sekali atau bergantung kepada kekurangan air tersebut.
sekian sahaja terima kasih…

No comments:
Post a Comment