MINGGU KE 7


Pada kali ini kami menjual hasil tanaman sayur-sayuran kami,maka berakhirah proses penjagaan sayur-sayuran ini,So petang-petang bolehlah kami beriadah semula dan menguruskan badan..tapi hari ini terpisah lah kami dengan sayur-sayuran yang kami jaga dari kecil hingga besar dan segar bugar .Pada hari ini,perginya sang sayur dan datangnya wang-wang ringgit kepada kami.Maka terubatlah kesedihan kami ini.Proses pada hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan pencabut sayur,kumpulan pembasuh sayur,kumpulan membungkus sayur,dan kumpulan menjual sayur.Kumpulan-kumpulan ini dibahagikan sama banyak dan sama seimbang.Beberapa orang di dalam team pencabut sayur akan mula mencabut pada satu batas sahaja tapi puan Salina menyuruh agar sayur-sayuran dicabut semua sebelum tengahari,bila dicabut tengahari sayur-sayur akan layu selayu-layunya.


Sementara team mencabut sedang mencabut sayur yang perlu dicabut,Sayur yang telah dicabut akan dihantar kepada team membasuh untuk membasuh sayur yang harus dibasuh bagi membuang kotoran seperti tanah dan bendasing.Terdapat 3 checkpoint untuk proses membasuh.Kerja-kerja membasuh perlu dilakukan dengan pantas dan segera oleh sebab itu checkpoint perlukan 3 tempat.Pembasuh sayur harus teliti ketika membasuh,mereka perlu mengasingkan sayur-sayur yang rosak dan tidak boleh dijual untuk dikira sebagai loss.Antara sayur yang gagal ialah berlubang dengan banyak seperti polkadot,layu,mati dan apabila dilihat pada sayur itu boleh mematikan selera dengan serta merta.Selepas proses membasuh dan membersih selesai,sayur-sayur yang telah dimandikan akan dihantar ke tempat pembungkusan.


Di sini,sayur-sayur yang telah bersih akan dibungkus.Sayur ini akan dibalut menggunkan plastik lut sinar yang di potong khas bebentuk segi empat.Kerja –kerja ini perlulah pantas kerana makin lama diproses,makin lama layu,so kemungkinan sampai dekat customer layu dan kurang menarik customer untuk membeli.Sayur yang telah siap dibalut akan di tampal sticker cop mohor LADANG UTM.Sticker ni kalua orang Nampak,mereka akan tau ini hasil ladang UTM.Mereka tau kami menggunakan baja organic dan dijaga penuh kasih sayang.Kemudian sayur yang telah siap di packaging akan dikumpulkan di dalan tong ais bagi memanjangkan kesegaran sebelum di jual.

Selepas semua proses siap,sayur akan dijual kepada staff-staff dan masyarakat sekitar UTM.Maka sayur-sayur dihantar keseluruh pelusuk bumi UTM yang penuh barakah ini.Sayur-sayur ini di hantar dan dijual dengan menaiki kereta Vios kawan Iskandar dan kereta paling laju di highway Malaysia iaitu Myvi Bat-trisha.

Kawasan pertama yang kami jual ialah PKU.Pusat Kesihatan Universiti.Pada mulanya memang segan jugaklah nak jual.Tapi kene lah tebalkan muka juga kan.Nk suruh orang beli mana boleh malu-malu,nanti x laku.Pada awalnya agak kekok jgk,bukan pernah-pernah jadi petani lepastu jadi penjual.Alhamdulillah sayur yerjual semuanya disitu.Kawan – kawan lain juga turut menjual di tempat berasingan.Pada waktu petang semua kerja selesai,penat baq hang ,koi kabor ke aokme semua..Biarpun penat tapi itulah pengalaman,setelah selesai kami pun pulang

Bye,bye

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14