MINGGU KE 6



Setiap hidupan yang bernyawa memerlukan ruang,kawasan, dan sumber makanan untuk hidup so keratan batang memerlukan tanah sebagai perumah untuk bercambah semula.So kita perlu menyediakan Medium Semaian .Medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
























Terdapat 3 jenis keratan batang iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Ia cepat dikerjakan dan dan cepat menghasilkan anak pokok.





i.     Keratan Kayu Lembut

Keratan ini diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini.



ii.    Keratan Kayu Sederhana Lembut

Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.



iii.  Keratan Kayu Keras

Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena


Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian



keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.Keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik. Setiap hari perlu menyiram semaian.

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14