EKSPERIMEN 1
TEMPAT: N30 MAKMAL PERTANIAN TISU KULTUR
TARIKH: 26.02.2019
MASA: 2.00-5.00
PENGENALAN
Tekstur tanah adalah keadaan tingkat kehalusan tanah yang terjadi kerana terdapatnya perbezaan komposisi kandungan pasir, debu dan liat yang terkandung pada tanah (Badan Pertanahan Nasional). dari ketiga jenis fraksi tersebut partikel pasir mempunyai ukuran diameter paling besar yaitu 2 – 0.05 mm, debu dengan ukuran 0.05 – 0.002 mm dan liat dengan ukuran < 0.002 mm. Untuk menentukan tekstur tanah, ia mempunyai banyak kaedah. Kaedah yang pertama ialah kaedah mendapan. Selain itu, kaedah ini menggunakan segitiga tekstur. Segitiga tekstur merupakan suatu diagram untuk menentukan kelas-kelas tekstur tanah.
TAJUK
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
TUJUAN
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
OBJEKTIF
1. Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah mendapan.
2. Menerangkan cara-cara membaca segitiga tekstur tanah dengan betul
3. Mengenalpasti dan memilih alatan dan radas untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, selindar penyukat 500 ml, air, pembaris dan carta segitiga tekstur tanah, bikar 100 ml
LANGKAH-LANGKAH
50 ml sampel tanah diambil.
Hancurkan tanah tersebut.
50 ml tanah dimasukkan ke dalam silinder penyukat.
300 ml air ditambahkan ke dalam silinder penyukat
Goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin terpisah dan menutup selinderpenyukat menggunakan tapak tangan
Tiga jam tanpa gangguan, letakkan silinder penyukat di atas meja.
Catatkan dalam jadual ukuran tinggi setiap tanah yang mendap.
Peratus pisahan tanah dihitungkan
Menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg tentukan Tekstur Tanah
KEPUTUSAN: Ketinggian keseluruhan pisahan 3.3 cm
Pisahan
Ketinggian (cm)
Peratus (%)
Pasir
2.0
60.6
Kelodak
1.0
30.3
Tanah liat
0.3
9.1
Peratus pisahan dikira seperti berikut :
Peratus pisahan = Ketinggian lapisan pisahan (cm) x 100
Ketingian semua lapisan (cm)
1. Pengiraan Peratusan Pasir (Sand)
2.0 x 100 = 60.6%
3.3
2. Pengiraan Peratusan Kelodak (Silt)
1.0 x 100= 30.3%
3.3
3. Pengiraan Peratusan Tanah Liat (Clay)
0.3 x 100= 9.1%
3.3
KESIMPULAN:
Peratusan pasir 60.6% adalah paling tinggi di dalam sampel tanah dan yang paling rendah ialah tanah liat 9.1%. Berdasarkan segi tiga tekstur, tekstur tanah merupakan sandy loam. Bagi pendapat saya, penambaikan untuk eksperimen ini ialah setiap pelajar haruslah mencatat penerangan yang di berikan oleh pensyarah agar info dan pengetahuan yang diberikan dapat digunakan untuk membuat rujukan semasa menyediakan report. Selain itu, setiap pelajar haruslah melakukan sesuatu uji kaji dengan berhati hati dan tidak bergurau semasa di dalam makmal dan semasa melakukan uji kaji. Akhir sekali pelajar, haruslah peka terhadap situasi yang sedang berlaku semasa melakukan uji kaji.
PENILAIAN:
Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan. Mengapa.
Ya. Kaedah ini lebih sesuai kerana mempunyai bacaan dan merujuk kepada segi tiga tekstur untuk menentukan tekstur tanah. Selain itu, peratusan pisahan yang dihitung adalah lebih tepat mengunakan formula yang diberi.
Adakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
Ralat yang wujud ialah air yang dimasukkan sebanyak 50 ml itu berkurang kerana semasa proses mengoncang air yang berada didalam silinder penyukat tersebut tumpah sedikit. Selain daripada itu, masa goncangan setiap orang berbeza, ada yang mengambil masa hanya sebentar dan ada yang ambil masa lama.
Apakah yang perlu dilkukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini?
Perkara yang dilakukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini ialah keadaan tanah yang kering dan hancur. Selain daripada itu, kita haruslah mengikut langkah langkah yang telah diberitahu dengan betul seperti mengambil silinder penyukat yang betul, isipadu air sebanyak 300 ml dan kira peratus pisahan mengunakan formula yang telah diberikan.
EKSPERIMEN 2
TEMPAT: N30 BILIK TISU KULTUR
TARIKH: 26.02.2019
MASA: 2.00-5.00
PENGENALAN
Untuk uji kaji kedua ini, kami menggunakan kaedah medan. Kaedah medan ini kami melakukannya secara praktikal. Kaedah ini dapat menentukan tekstur tanah tersebut dengan membentuk tanah. Ia dapat dirasa sama ada tanah kita terlalu kasar atau pun licin. Uji kaji ini mengambil masa sedikit kerana ia mengambil masa untuk membentuk tanah tanah tersebut.
TAJUK
Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan.
TUJUAN
Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan.
OBJEKTIF:
1.Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah medan
2.Menentukan tekstur tanah dengan membentuk tanah
3.Mengenalpasti dan memilih alatan dan radas untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, air, plastik putih, kain lap
LANGKAH-LANGKAH:
Lebih kurang 20g (20 ml) sampel tanah diambil. ( atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm)
Di atas plastik putih, letakkan sampel tanah tersebut. Dengan sedikit air, uli tanah tersebut.
Tanah dilembapkan dengan sedikit air supaya dapat dibentuk.
Membentuk tanah tersebut menjadi bentuk bebola, bulan sabit, rod, bentuk U atau gegelang.
PEMERHATIAN
Bebola dapat dibentuk
Rod dapat dibentuk
Bentuk gegelang merekah
Bentuk U merekah
Bentuk bulan sabit merekah
Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
Rod dapat dibentuk (tanah loam)
Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)
Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)
Gelang dapat dibentuk (tanah liat)
KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian daripada eksperimen untuk menentukan tekstur tanah melalui cara medan di dapati sampel tanah adalah sandy loam. Sampel tanah yang dilakukan uji kaji mengandungi pasir yang banyak. Bagi pendapat saya, penambaikan untuk eksperimen ini ialah setiap pelajar haruslah mencatat penerangan yang di berikan oleh pensyarah agar info dan pengetahuan yang diberikan dapat digunakan untuk membuat rujukan semasa menyediakan report. Selain itu, setiap pelajar haruslah melakukan sesuatu uji kaji dengan berhati hati dan tidak bergurau semasa di dalam makmal dan semasa melakukan uji kaji. Akhir sekali pelajar, haruslah peka terhadap situasi yang sedang berlaku semasa melakukan uji kaji.
PENILAIAN
Adakah kaedah ini tepat?
Kurang tepat kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan, setiap orang melakukan uji kaji tersebut dengan berbeza beza, jadi ia tidak tepat untuk sesuatu uji kaji.
Mengapakah kaedah ini digunakan?
Kaedah medan ini digunakan adalah untuk mengetahui tekstur tanah, contohnya semasa kita membentuk rod, dan rod tidak dapat dibentuk, jenis tanah tersebut ialah tanah sangat berpasir. Selain itu, dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat mengetahui jenis jenis tanah secara praktikal dan keputusan yang diperolehi adalah lebih cepat untuk mengetahui jenis tekstur tanah.
EKSPERIMEN 3
TEMPAT: N30 BILIK TISU KULTUR
TARIKH: 26.02.2019
MASA: 2.00-5.00
PENGENALAN
Uji kaji ini ialah untuk memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah. Dengan menggunakan meter Ph ia dapat mengetahui berapa bacaan pH dan berapa kelembapan tanah tersebut. Uji kaji ini mengambil masa selama 3 minit untuk mendapatkan ispadu air dan keputusan bacaan pH.
TAJUK
Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
TUJUAN
Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
OBJEKTIF
1. Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
2. Mengetahui cara mengunakan meter pH
3. Mengenalpasti dan memilih alatan dan radas untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, air suling, gentian kaca, bikar, corong luras.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Menyediakan radas seperti yang telah di arahkan
2. 50 ml air suling disukat
3. Tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam kelalang kun dan setiap sampel tanah
tersebut dituangkan air sebanyak 50 ml.
4. Perhatikan dan catatkan keputusan.
5. Menggunakan meter pH ambil bacaan pH tanah.
PENILAIAN
Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini?
Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air keluar dari sampel tanah.
Mengapakah gentian kaca jangan diambil dengan tangan/jari?
Gentian kaca tidak boleh diambil menggunakan tangan atau jari kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit, jadinya seeloknya mengunakan sarung tangan getah semasa hendak mengambilnya
Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini?
Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air keluar dari sampel tanah.
Mengapakah gentian kaca jangan diambil dengan tangan/jari?
Gentian kaca tidak boleh diambil menggunakan tangan atau jari kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit, jadinya seeloknya mengunakan sarung tangan getah semasa hendak mengambilnya
No comments:
Post a Comment