MINGGU KE 4


MINGGU 4

Pada minggu ini ,sayur-sayuran kami membesar dengan sihat dan subur,walaupun belum masa tibanya waktu untuk di tuai lagi tapi nampaklar mereka membesar.Pensyarah menyarankan agar kami menyiram sayur -sayuran kami dengan baja tahi ayam.Sumber tahi ayam ini kami memperolehi dari student sem 4 Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),kirenya kami berkolaborasi dengan mereka untuk kepentingan sayuran kami ini.Baja tahi ayam ini pula perlulah sehari selepas ayam memberakkan mereka.Hal ini kerana tahi ayam yang fresh dan segar ini keluar sambil membawa haba yang panas.Sekiranya tahi ayam yang fresh terus diletakkan pada sayuran,kemungkinan besar sayuran kesayangan kami akan mati dan tidak boleh dijual dan kemungkinan wang kami juga akan berterbangan. Disebalik wujudnya cahaya akan wujudnya kegelapan,dibalik adanya siang akan adanya malam,disebalik terciptanya syurga akan turut terciptanya neraka.Dan begitu pula lr di sebalik lahirnya sayuran akan disertakan lahirnya rumpaian.Disebalik kegembiraan kami melihat sayur-sayur kami membesar tanpa sedar kami juga telah melahirkan dan membesarkan satu tumbuhan yang tidak kami inginkan untuk wujud iaitu….RUMPAI!!!!!!!!!!!!!!!..Telah tercatat dalam sejarah lampau bahawasanya rumpai mereka musuh ketat pada sayuran.Sejak dulu lagi,kedua belah pihak ini sering kali berperang bagi mendapat sumber kehidupan dan kepentingan masing-masing.Setiap kali berlakunya pertembungan dua pihak ini pasti akan ada yang tumbang,gugur menyembah bumi.Siapa yang kan menjadi mangsa pertembungan ini?????????Sudah tentulah anak-anak mereka yang masih kecil,ada yang mati tidak bernyawa,ada yang cacat terbantut dan ada juga berubah warna menjadi kuning,maka hilang lar seri kecantikan sayuran berwarna kehijauan.Sumber mereka adalah terhad,apa yang sering di rebutkan adalah sumber tenaga cahaya matahari yang memberi kekuatan pada mereka,dengan sumber matahari juga mereka mampu membuat makanan sendiri.Ritual ini di panggil PHOTOSINSTESIS!!!!!. Ritual ini memerlukan sumber tenaga cahaya matahari yang mencukupi untuk sumber makanan mereka.Antara sumber perebutan yang lain dan amat penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah H2O ataupun nama melayu kunonya ayaq ataupun air.Air ini jikalau mereka terputus bekalan maka masa depan mereka menjadi gelap,Berkemungkinan tiada lagi masa hadapan untuk mereka.Dan akhir sekali adalah tanah ataupun ruang,apabila semakin membesar,mereka perlukan tanah jajahan sendiri untuk menjalarkan akar-akar untuk membesar,Oleh sebab itu,kedua belah pihak ini sering bertembung.Yang tewas di hapuskan yang menang terus memerintah.Tamat sejarah dua bangsa ini. Rumpai adalah tumbuhan yang tidak kita perlukan dalam penanaman kita.Rumpai wujud dari pelbagai jenis tumbuhan seperti rumput,lalang,tumbuhan yang kita x tanam pun tetibe je ada sendiri kat batas kita n then dari sayuran yang kita tanam tapi kita rse ia tidak berfungsi atau sihat,Pada saat ini kita perlu membuang sifat kemanusiaan dan kasih sayang semasa proses merumpai,walaupun kita membesarkan sayuran kita dari kecil,kita tatang dye dengan penuh kasih sayang,memberi minum H2O dua kali sehari dan menyuapkan tahi ayam yang segar untuk mereka.Namun mereka berjaya menjadi seperti yang kita harapakan maka lebih baik mereka di hapuskan dan di label sebagai RUMPAI.nak panggil trash pun boleh kalau nak lr.Rumpai ini perlu dibuang untuk mengurangkan persaingan sayuran dalam mendapat sumber untuk membesar.Untuk menhapuskan rumpai,kita boleh mencabut,memotong mereka tanpa pilih kasih.Kemudian badan mangsa-mangsa ini dibuang dan dikebumikan jauh dari batas.Aktiviti rumpai ini harus di laksanakan acapkali,hal ini kerana bangsa rumpai ini akan tumbuh tanpa kita sangka dan duga.Tahu-tahu dah besar. Selepas aktiviti merumpai selesai,kami pun memberi sayuran kami minum ayaq paip fresh dari ladang UTM.n then kami pun balik kepenatan… bye..

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14