MINGGU KE 3


MINGGU 3
Pada minggu ini kami , kami dibenarkan untuk menyemai bijih benih setelah 2 hari baja di campurkan dengan tanah.Fakta penanaman mengatakan tanah yang di campur dengan baja akan menjadi panas,hal ini kerana proses kimia berlaku dan menyebabkan tanah menjadi panas.Sekiranya kita menyemai juga selepas menaburkan baja ,biji semaian akan mati dan tidak akan hidup.Oleh sebab itu,penyemaian biji benih haruslah 2-3 hari selepas proses tersebut.Lagi kan pula,biji benih tidak perlukan baja atau makanan tambahan untuk mereka bercambah,hal ini kerana biji benih sudah menyimpan makanan sendiri di dalam badan mereka sendiri.
Jenis Tanaman :

Yang memerlukan baja adalah setelah mereka mengeluarkan akar atau di panggil testa mereka keluar.Pada saat ini bijih benih memerlukan nutrien tambahan untuk membesar dan mencari sumber kehidupan. Sebelum menyemai bijih benih,kami di arahkan membuat lubang atau garisan untuk menaburkan bjih benih.Garisan itu sepanjang dari hujung batas ke hujung batas.

Antara sayuran yang kami tanam adalah sayur Pak choi , sawi putih dan bayam.Ketiga-tiga biji benih ini sangat halus dan kecik.Sekiranya kita hanya menaburkan begitu saja,kebarangkalian untuk sayur-sayur itu tumbuh dalam keadaan rapat dan menyukarkan mereka untuk membesar.Alternatifnya ialah dengan mencampurkan bijih benih tersebut dengan pasir.Pada awalnya sukatan pasir dan bijih benih adalah 10 : 1 .

Setelah itu,kami akan menaburkan bijih benih sepanjang garisan tersebut secara kosisten agar pokok tumbuh cantik nanti.Setelah selesai menyemai bijih benih,kami mengambus semula tanah menutupi bijih benih itu,Mengambus tanah tidak memerlukan banyak tanah bagi memudahkan daun keluar nnti dan tidak pula terlalu sedikit bagi mengelakkan bijih benih di ambil serangga dan haiwan dan juga agar tidak di bawa lari air hujan. Setelah proses menyemai selesai,kami menggunakan serkup berwarna hitam.Serkup ini jarang-jarang dan membolehkan cahaya atau air masuk dalam keadaan sedikit.Ini sangat penting pada permulaan semaian,kerana bijih benih sangat kecil dan agak bahaya jikalau mereka terkena semburan air siraman atau hujan secara direct hit on target.Kerana mereka mungkin akan dicuri dan dilarikan oleh air yang sangat deras dan menyebabkan mereka hilang dari radar.Kalau tak silap kalau nk beli serkup tu kat kedai cuma cakap je nak serkup saiz 7,nnti tauke dye bagi la.Tapi kat sini pihak UTM sponsor.Kemudian kami menyerkup bijih benih kami.Serkup yang dipasang seharusnya,sewajibnya dan semestinya tidak mengenai tanah,hal ini kerana ia akan menyukarkan sayuran tumbuh pabila mereka dewasa kelak.Seelok-eloknya bagi tinggi skit dari paras tanah.

Salah satu cara ialah dengan memasangkan tali rapia di bawah serkup untuk mengelakkan serkup tidak mencium tanah dan cara lain ialah meletakkan tiang support di tengah-tengah tanaman bagi mengelakkan serkup mencium tanah juga.Kemudian kami seharusnya membiarkan mereka tumbuh dan membesar untuk di jual dan dilelongkan.Kami kemas-kemas barang dan balik kepenatan. bye,

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14