MINGGU KE 2


MINGGU 2 Pada minggu kedua ini , tanah-tanah pada kawasan batas kami telah siap di korek dengan menggunakan traktor.Traktor ini di kawal selia oleh Cik Abang dan Cik Faris. Selepas itu,kami di arahkan untuk membuat pembahagian batas mengikut jarak dan saiz yang telah di tetapkan.Kami di beri pita pengukur,tali rapia dan gunting.Setiap batas lebarnya 4 kaki dan panjangnya 10 kaki dan jarak antara batas dengan batas yang lain adalah 2 kaki.Kaedah yang kami gunakan semasa pembahagian batas ialah,kami memasang batas dari hujung batas pertama sehingga hujung batas terakhir.


Selepas itu kami menggunakan pita pengukur untuk mengukur jarak antara batas . Caranya ialah setiap 4 kaki ,kami akan menanda jarak tersebut menggunakan kayu umpama batu penanda.Selepas itu ,kami menggunakan tali rapia dan menarik dari penanda bawah hingga penanda atas sepanjang 10 kaki.Selepas siap di tanda dan nampak setiap batas masing-masing kami di arahkan untuk menggunakan cangkul untuk menggorek batas sehingga nampak bentuk batas itu. Selepas itu, kami perlu mengambil 2 keping kayu sepanjang 10 kaki dan 2 keping kayu sepanjang 4 kaki.Kayu-kayu perlu lar di potong sekiranya terlebih panjang.Selepas kayu siap di potong mengikut panjang yang telah ditetapkan,kami perlu mengsyelek kan kayu menggunakan thinner bagi mengelakkan kayu reput.Selepas itu,kami perlu memasak atau mempasak kayu-kayu tersebut ke dalam batas yang telah di buat.Kami perlu memaku kayu-kayu tersebut sehingga membentuk kotak @ segi empat sama.Setelah itu,kami perlu mengembur-gemburkan tanah di dalam batas bagi memudahkan biji-biji benih tumbuh nanti,Setelah tanah di bahagian atas sudah lembut,kami perlu meratakan permukaan tanah mengunakan papan atau kami,tapi yang pasti tanah perlu rata dan cantik.




Selepas itu, kami meletakkan baja organik pada tanah bagi memberikan nutrien tambahan pada tanah .Selesai sahaja proses-proses ini, kami pun move on n gerak lu ke kolej. Beberapa hari kemudian,kami memiliki anak- anak benih kami sendiri yang terdiri daripada pak choi,sawi putih dan bayam. Kami perlu menyemai selepas 1-2 hari selepas meletak baja organik tq…

No comments:

Post a Comment

MINGGU KE-EMPATBELAS

14