MINGGU KE 14
Assalamualaikum, apa khabar kepada semua pembaca…bertemu lagi kita hari ini…😊.pada hari ini aktiviti yang kami lakukan ialah membuat cantuman baji. HAHHHH…kerja cantuman baji kami lakukan di ladang je…tak naik dusun atas punnn…hehehehe
Apa itu cantuman baji? Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga yang selalu dilakukan cantuman baji ialah pokok bunga kertas, bunga pokok, dan lain-lain. Untuk cantuman baji yang kita lakukan pada hari ini ialah pokok bunga melati putih dan merah.
Peralatan yang diperlukan untuk melakukan cantuman baji ialah:1. Pisau lipat2. Parafilm3. Plastik putih (plastik teh ais)
Pertama sekali yang perlu dilakukan ialah memilih ranting atau dahan pokok yang masih muda untuk dicantumkan dengan pokok asal. Potong bahagian pucuk pokok asal kemudian bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi. Kemudian, dahan pokok tersebut di belah dua pada tengah-tengah bahagian dahan pokok sedalam 2cm.
Seterusnya, potong hujung pokok tumpang yang mempunyai diameter sama dengan pokok asal. Potong secara menyerong tanjam seperti baji pada hujung pokok tumpang yang telah dipotong.
tengah fokus dengar tuuu..hehehe
Sambungkan hujung pokok tumpang yang telah dipotong serong ke dalam belahan pokok asal/penanti yang telah dibelah dua. Kemudian balut bahagian yang telah dicantumkan dengan parafilm.
Kemudian, sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik teh ais bagi mengelakkan dehydration atau pcuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan asal dan tumpang tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat setelah seminggu. Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.
Sekian sahaja perkongsian untuk minggu iniiii…. ! tataaaa bye byee😉
sekian sahaja terima kasih…
No comments:
Post a Comment