MINGGU KE 10
Assalamualaikum para pembaca blog yang kami x tahu sape je baca selain DR.NUR HUSNA BINTI ABD.WAHID yang cantik menawan lagi anggun yang sentiasa membaca dan mengikuti blog kami dari minggu pertama hingga ke hari ini..hihihi,markah lebih sikit DR,HUSNA tuk blog ni…hihihi,grau2 je.. Hari ini kami ditugaskan untuk mengembur semula batas kami setelah kerja-kerja menuai selesai..Pada kali ini berkemungkinan kami akan menanam sayuran yang berbuah..terdapat kekeliruan sedikit adakah ia sayur atau buah?? Ia sayur tapi ia berbuah..hurmmmm,tapi ada orang cakap sayur dan ada jugak cakap buah..mana yang ok sayur tomato ke buah tomato??,buah timun ke sayur timun?? Tapi cam sayur kan,,so kita panggil sayur-sayuran je la..kalau korang nak panggil buah pun boleh x de markah lebih pun tapi kalau dalam exam sayurla kot paling tepat,,entalahh nak. Ketika aktiviti menggembur tanah, En Abang yang gagah perkasa meminta kami untuk mengauli tanah-tanah kami dengan baja organic fresh dari ladang iaitu baja tahi atau Bahasa kampungnya taik ayam..Setiap batas harus mengambil baja taik ayam di reban ayam pada pelajar tahun 4 untuk diletakkan dibatas masing-masing.Kenapa harus letakkan baja taik ayam adalah kerana untuk menyuburkan lagi tanah bagi menggemukkan lagi sayur-sayuran yang bakal ditanam. Ramai lah volunteer yang sudi ikhlaskan diri untuk mengambil baja-tersebut .Pergh memang boekla kan ada yang merelakan diri pergi ambikkan lagi-lagi ada dak2 wanita yang sanggup amikkan.Mostly dak2 pompuan la yang nak amik..Masa sampai je dekat tempat nak ambil taik ayam tu, buka je penutup taik ayam tu mulalah ada yang menggeliat umpama tarian raver,lawan bunyi loya sape paling kuat,dan acara lari 100m balik ke batas ,mungkin pada awalnya mereka anggap bau dye cam one drop perfume kot ataupun bau spray badan Rexona sbb tu awal2 dyeorang semangat kot.. Sebelum nak ambil taik ayam ni kena pakai dulu sarung tangan hitam. Maka bermulalah sesi menyeduk taik ayam tersebut dan diletakkan di dalam kereta sorong. Ceduk ceduk taik ayam ceduk ceduk taik ayam (ni nyanyi ye jangan baca ahahaha). Lepas dah cedok taik ayam, sorong kereta sorong tersebut ke batas. So setiap batas perlu letak baja taik ayam ni tak banyak pun lebih kurang separuh bekas sahaja. Lepas dah letak baja taik ayam , kita gaul-gaulkan dengan tanah sehingga sebati dan rata. Dah gaul-gaulkan tanah tu kita kena biarkan tanah ni sekurang-kurangnya semalaman. Untuk apa biarkan semalaman? Sebab baja taik ayam ni panas, jadi kita tak boleh terus semai biji benih. Nanti biji benih pun tak nak tumbuh. Done aktiviti minggu ini,,tq sekian sahaja terima kasih…
No comments:
Post a Comment